BM | EN | 中文

Walau bukan dalam kawasan sendiri, Adun Paloh sumbang tiga komputer untuk maahad tahfiz di Ayer Hitam

Chew-Chong-Sin-Sheikh-Umar-Bagharib-Ali-Maahad-Tahfiz-Al-Quran-Fat-tabiuni-Kg-Sri-Desa-Ayer-Hitam.jpg
Advertisement

KLUANG, 11 DIS: Tugas sebagai wakil rakyat adalah untuk membantu pihak yang memerlukan meskipun mereka yang dibantu bukannya berada dalam kawasan yang diwakili.

Demikian dinyatakan Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali selepas menyampaikan bantuan tiga set komputer kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Fat-tabi’uni di Ayer Hitam.

Beliau terdahulu hari ini bersama Adun Mengkibol, Chew Chong Sin turut membuat lawatan ke tapak projek pembinaan maahad tahfiz itu di Kg Sri Desa, dekat sini.

Advertisement

“Alhamdulillah. Pagi ini saya dan Adun Mengkibol YB Chew Chong Sin melawat tapak projek pembinaan Maahad Tahfiz Al-Quran Fat-tabi’uni di Kg Sri Desa, Ayer Hitam.

“Projek ini tiada kaitan dengan DUN Paloh ataupun Mengkibol. Tapi, Pengerusi projek pembinaan Maahad ni ialah YM Raja Abd Rahim Raja Hassan.

“Beliau adalah bekas Pengurus Operasi SAJ Ranhill daerah Kluang pada 2014 hingga 2018. Waktu tu, saya ialah Pegawai Khas kepada ahli parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

Advertisement

“Encik Raja baik orangnya. Dalam urusan kerja mahupun dalam bersahabat. Beliau dah maklumkan pada saya beberapa perkara yang diperlukan oleh Maahad. Kalau-kalau saya boleh bantu.

“Syukurlah, YB Chew Chong Sin turut terpanggil untuk bersama-sama saya mengusahakan sedikit sumbangan buat Maahad ini.

“Kami serahkan tiga buah komputer kepada Encik Raja. Turut sama hadir ialah Pak Naib Samsuddin Selamat yang merupakan Tok Ketua
Kg Sri Desa merangkap jawatankuasa Maahad.

Advertisement

“Semoga sumbangan kecil kami ni dapat membantu Encik Raja dan seluruh team beliau dalam usaha menjayakan projek Maahad Tahfiz Al-Quran Fat-tabi’uni ini,” kata Sheikh Umar.

Beliau terdahulu memaklumkan maahad tahfiz yang sedang dalam pembinaan itu memerlukan beberapa peralatan antaranya dua unit komputer riba (laptop), tiga unit komputer (desktop) dan satu unit mesin pencetak berwarna.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top