BM | EN | 中文

Waktu Subuh Johor ditambah lapan minit bermula 1 Januari 2020

Pengumuman-waktu-subuh-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 DIS: Bermula 1 Januari 2020, waktu Subuh bagi seluruh negeri Johor ditambah selama lapan minit berbanding takwim sedia ada.

Dalam kenyataan dikeluarkan semalam oleh Sahibus Samahah Datuk Yahya Ahmad, Mufti Negeri Johor, perubahan tersebut berdasarkan ketetapan perubahan darjah kedudukan matahari di bawah ufuk dalam menentukan waktu terbit Fajar Siddiq.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar juga sudah memperkenankan perubahan waktu solat untuk dikuatkuasakan.

Advertisement

“Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta’zim berkenan agar perubahan waktu solat Subuh bagi seluruh negeri Johor Datul Ta’zim dengan ditambah 8 minit dari waktu solat Subuh semasa, dilakukan berkuatkuasa 1 Januari 2020 miladiah bersamaan 5 Jamadil Awal 1441 Hijriah.

“Perubahan ini adalah berdasarkan ketetapan perubahan darjah kedudukan matahari di bawah ufuk dalam menentukan waktu terbit Fajar Siddiq daripada 20 darjah digunapakai sebelum ini kepada 18 darjah.

“Justeru dengan perubahan ketetapan ini menyebabkan waktu solat Subuh bagi seluruh negeri Johor Darul Ta’zim perlu ditambah lapan minit daripada waktu Subuh semasa,” kenyataan tersebut dipetik.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top