KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Persidangan Dewan Rakyat masuk hari kesembilan belas hari ini.
Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.
Berikut merupakan pertanyaan bagi jawab lisan hari kesembilan belas persidangan (13 Ogos) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor Darul Ta’zim.
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
Soalan ke-3
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kesan negatif dan positif kepada Malaysia sejak perang dagang antara Amerika Syarikat dan China serta akibat penularan COVID-19 serta langkah-langkah proaktif yang diambil untuk mengatasi cabaran itu termasuk defisit perdagangan serta nyatakan keberkesanan langkah-langkah yang telah diambil.
Soalan ke-29
Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan pencapaian sebagai Menteri sepanjang 2 tahun dalam Kerajaan Pakatan Harapan dan pencapaian seratus hari sebagai Menteri Kanan dalam Kerajaan Perikatan Nasional.
Johorkini