KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Persidangan Dewan Rakyat masuk hari ketujuh belas hari ini.
Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 Dewan Rakyat akan berlangsung dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Ogos 2020.
Berikut merupakan pertanyaan menteri dan pertanyaan bagi jawab lisan hari ketujuh belas persidangan (11 Ogos) oleh ahli-ahli parlimen dari Johor Darul Ta’zim.
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI
Soalan ke-3
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah dan inisiatif terkini pihak Kementerian dalam menjaga dan mempertingkatkan kualiti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) supaya standard pengajaran guru-guru di sekolah-sekolah sentiasa berada pada tahap yang cemerlang.
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
Soalan ke-22
Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan sama ada suspek-suspek pencemaran Sg. Kim Kim telah didakwa di mahkamah dan apakah status pendakwaan terkini serta status kalibrasi realtime alert system untuk memberi amaran pencemaran awal di Pasir Gudang.
Soalan ke-29
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan selepas pengumuman pada tahun lepas perancangan untuk menaik taraf beberapa pusat pelupusan sampah kepada Waste-To-Energy (WTE), berapa tapak pelupusan yang sedang dalam proses menaik taraf kepada WTE.
Soalan ke-36
Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan sama ada Kementerian akan meneruskan usaha Kerajaan Pakatan Harapan untuk merunding semula perjanjian konsesi dengan Pakar Scieno TW untuk Environmental Quality Monitoring Program (EQMP) yang bernilai RM846 juta dan sekiranya ya, nyatakan penambahbaikan tersebut.
Soalan ke-41
Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapakah ibu yang berwarganegara Malaysia menghadapi cabaran dan diskriminasi terhadap permohonan kewarganegaraan anak mereka yang dilahirkan di luar negara.
Soalan ke-44
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan usaha untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi menangani masalah pengangguran dalam kalangan anak muda yang terus meningkat, berdasarkan data kadar pengangguran yang telah melonjak kepada 5 peratus pada April lalu ekoran krisis COVID-19.
Soalan ke-49
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapa unit rumah mampu milik telah dilancarkan selepas penandatanganan MOU dengan 6 buah syarikat untuk berusaha sama dalam projek merealisasikan 1 juta rumah dalam 10 tahun.
Soalan ke-52
Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan bagaimanakah pihak Kerajaan dapat membantu pekebun-pekebun kecil bagi membentuk kumpulan ekonomi yang memberi impak besar kepada pembangunan negara.
UCAPAN-UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 ) ( KAMAR KHAS )
Tarikh Ucapan:
11.08.2020 (Selasa)
Ahli Yang Berucap:
YB Puan Teo Nie Ching (Kulai)
Tajuk Ucapan:
“Permit Kemasukan Dari Singapura Bagi Isteri Bukan Warganegara ”
Menteri Yang Bertanggungjawab:
YB Menteri Dalam Negeri
Johorkini