BM | EN | 中文

WAKTU MUHASABAH DIRI

IMG-20191118-WA0014.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 18 NOV: Sekarang bukan masanya untuk mencari kesalahan dan menuding jari antara satu sama lain kata Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Kata Sahruddin, semua pihak wajar menerima keputusan pilhanraya kecil (PRK) Tanjung Piai kelmarin dengan berlapang dada selain memperbaiki kelemahan.

Advertisement

Beliau yang juga pengarah PRK itu berkata, satu post-mortem akan diadakan oleh Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri dan pusat bagi mengenalpasti punca kekalahan di Tanjung Piai.

“Kita telah bersungguh-sungguh untuk memenangi PRK ini. Namun hasilnya agak mendukacitakan.

Dr Sahruddin bersalaman bersama hadirin di majlis perasmian pejabat dan sembang santai Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor (PERUSIM) 2019 di Kempas, hari ini

“Saya rasa tak perlu untuk kita menuding pihak sana atau pihak sini.

Advertisement

“Yang penting adalah macam mana kita hendak memperbaiki lagi dan muhasabah diri kenapa kita tewas,” kata Sahruddin kepada pemberita pada majlis perasmian pejabat dan sembang santai Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor (PERUSIM) 2019 di Kempas, hari ini.

Dalam pada itu kata Sahruddin, kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik, antaranya melalui pelaksananan sepuluh manifesto PH Johor.

“Pada pandangan saya, kerajaan negeri telah berusaha semampu mungkin dan membuat yang terbaik.

Advertisement

“Ini adalah hasil kerja bersama. Daripada pusat, mahu pun negeri kita telah berusaha,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Sahruddin turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua jentera parti PH yang berusaha bersungguh-sungguh sepanjang dua minggu kempen PRK di Tanjung Piai.

Barisan Nasional (BN) menang PRK Tanjung Piai pada 16 November lalu apabila calonnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (MCA) meraih 25,466 undi menewaskan lima pencabar.

Advertisement

Calon dari Pakatan Harapan, Karmaine Sardini memperolehi 10,380 undi sementara calon Gerakan, Wendy Subramaniam 1,707 dan calon Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dengan 850 undi.

Dua calon bebas Dr Ang Chun Lok pula mendapat 380 undi dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar 32 undi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top