BM | EN | 中文

Wakil rakyat pembangkang mohon adakan sidang DUN Johor

johor-kota-iskandar.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 APR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang di Johor memohon agar kerajaan negeri mempertimbang untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) alternatif bagi memberi platform kepada wakil rakyat membincangkan isu rakyat walaupun berada dalam darurat.

Adun Johor Jaya Liow Cai Tung berkata satu surat permohonan akan dihantar kepada Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad mengenai cadangan itu.

“Dengan ini (sidang DUN alternatif), Adun-Adun boleh menjalankan tugas semak dan imbang. Saya menyeru pihak kerajaan negeri supaya mempertimbangkan perkara ini,” katanya kepada pemberita di Pasir Gudang, di Johor Bahru, semalam.

Advertisement

Liow berkata memandangkan kesemua 56 Adun Johor telah menerima vaksin Covid-19, sidang DUN alternatif boleh dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Sidang DUN Johor sebelum ini dijadual diadakan awal bulan ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah Wee Tse turut bersetuju dengan cadangan itu dan berkata: “Saya rasa itu satu cadangan (sidang DUN alternatif) yang baik. Saya akan cadangkan untuk kita buat seperti Pulau Pinang baru-baru ini.”

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top