BM | EN | 中文

Wakil rakyat Pejuang, MUDA dan bebas di Johor dipelawa bersama gabungan pembangkang – Amanah Johor

syed-saddiq-maszlee-malik-dr-shahruddin-md-salleh.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 DIS: Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan mempelawa beberapa ahli parlimen pembangkang yang bukan dari Pakatan Harapan (PH) di negeri ini untuk bersama dalam satu gabungan.

Aminolhuda berkata, sebelum ini pada pilihanraya umum (PRU) ke-14 yang lalu, penyatuan pembangkang membawa keyakinan kepada pengundi sehingga memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan ketika itu.

Aminolhuda Hassan

“Di Johor, kita ada Muda di Muar, Bebas di Simpang Renggam dan Pejuang di Sri Gading. Penyatuan ini baik sebagai suatu kekuatan dalam menjalankan gerak kerja.

Advertisement

“Rakyat memerlukan suatu gabungan yang kuat agar suara mereka dapat dibawa dengan secara mutlak dan diperjuangkan nasib mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Adun Parit Yaani turut berharap cadangan tersebut dapat dipertimbangkan pihak pimpinan nasional.

Sebelum ini Timbalan Presiden Parti Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah mencadangkan untuk mewujudkan ‘grand coalition’ pembangkang secara menyeluruh.

Advertisement

Salahuddin berkata dengan gabungan besar itu akan membawa faedah kepada pembangkang dan menjadi pembangkang terkuat sepanjang sejarah di negara ini.

Cadangan Salahuddin itu turut diterima baik presiden parti Amanah, Mohamad Sabu dalam kenyataannya semalam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top