BM | EN | 中文

Wakil rakyat DAP seluruh negara diseru jalankan kempen daftar vaksinasi – Kit Siang

lim-kit-siang.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 17 MAC: Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menyeru agar semua ahli parlimen dan aAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP untuk menjalankan kempen pendaftaran vaksin Covid-19 di seluruh negara.

Veteran DAP itu berkata, kempen pendaftaran vaksin Covid-19 perlu dibuka di pelbagai tempat termasuk pasar pagi, pasar malam, pusat khidmat masing-masing, pusat membeli-belah, kedai kopi dan lokasi-lokasi lain yang sesuai.

“Semua Pengerusi DAP negeri perlu menubuhkan jawatankuasa pendaftaran vaksin Covid-19 untuk memimpin inisiatif pendaftaran vaksin COVID-19 di negeri masing-masing.

Advertisement

“Hanya dengan semua pihak memainkan peranan mereka, kita akan dapat mencapai cita-cita mencapai “imuniti kelompok” dan mengembalikan kehidupan secara normal semula seperti mana sebelum penularan wabak Covid-19.

“DAP bersedia untuk memainkan peranan sebaik mungkin bagi mencapai matlamat ini,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kit Siang, pendaftaran setakat ini merangkumi 23.4 peratus daripada 24.1 juta pendaftaran yang disasarkan untuk mencapai 80 peratus imuniti kelompok.

Advertisement

Ujarnya, jumlah pendaftaran baharu berkurangan dengan ketara iaitu 5,633,903 pendaftaran vaksin direkodkan pada 15 Mac.

Ia menandakan pendaftaran baru setiap hari berada di bawah paras 100,000 pada 14 dan 15 Mac 2021.

Kata Kit Siang, tanpa pendekatan melibatkan “keseluruhan kerajaan dan keseluruhan masyarakat” untuk mendaftarkan seramai mungkin orang untuk diberikan suntikan vaksin, Malaysia berdepan risiko kegagalan untuk mencapai imuniti kelompok.

Advertisement

Justeru itu katanya, pihak berkuasa perlu menyusun semula strategi mempercepatkan kempen imunisasi kebangsaan dan tidak bergantung sepenuhnya pada aplikasi MySejahtera.

Langkah akternatif termasuk membuka pendaftaran bukan hanya melalui dalam talian tetapi juga luar talian dan mengumpulkan lebih banyak pihak yang berkepentingan ke dalam program ini.

Kerjasama itu katanya termasuk melibatkan hospital swasta dan doktor am dalam negara, dan membolehkan syarikat, persatuan dan organisasi sukarela membantu dalam proses pendaftaran vaksinasi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top