BM | EN | 中文

Wakil India Amanah Johor kecam kenyataan Azeez Rahim

azeez-gelap.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 JUL: Wakil India Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor mengecam keras kenyataan berbentuk perkauman yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Johor, Jeevan Supramaniam berkata, kenyataan ahli parlimen Baling itu dilihat tidak menghormati sensitiviti kaum yang ada di negara ini.

“Saya membantah dan mengecam kata-kata berbaur perkauman dan seksis yang dikeluarkan oleh Azeez itu.

Advertisement

“Kenyataan ‘gelap’ dan ‘tak nampak’ selain beliau turut menyambung dengan menyatakan untuk ‘meletak bedak di muka’ tidak boleh dimaafkan.

Jeevan Supramaniam

“Isu warna kulit dan sebagainya bukanlah pilihan manusia itu tetapi ia adalah ketentuan dan itu bukan perkara yang boleh dipermainkan atau dipersendakan antara kita. Beliau perlu belajar untuk menghormati sesama manusia sebelum mahu menjadi ahli parlimen,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Jeevan turut menyatakan bahawa masyarakat atau kaum India di negara ini merasa terluka dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Azeez itu.

Advertisement

“Pelbagai respon dari masyarakat India yang saya terima dan semuanya marah dengan kenyataan yang dilemparkan oleh ahli parlimen Baling itu.

“Kenyataan itu mencalarkan hati masyarakat India yang ada di negara ini walaupun ianya sudah ditarik balik oleh beliau.

“Selain itu mempersendakan kaum wanita juga adalah salah satu faktor kebiadapan Azeez dalam sidang dewan semalam.

Advertisement

“Ia tidak patut dikeluarkan oleh seorang pemimpin seperti beliau. Ini adalah suatu yang hina telah dipamerkan oleh seorang pemimpin terhadap masyarakat India dan kaum wanita.

“Saya tidak faham bagaimana parti yang kononnya memperjuangkan kaum India hanya berdiam diri serta boleh bersama dengan parti perkauman seperti Umno? katanya lagi.

Dewan Rakyat kecoh semalam selepas Azeez (PN-Baling) mencelah ketika Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) dengan berkata “gelap, tak nampak”.

Advertisement

Azeez yang mencelah perbahasan Kasthuri yang ketika itu membangkitkan kekurangan anggota parlimen wanita yang diusulkan bagi menggantikan anggota jawatankuasa pemilihan parlimen, dengan berkata “gelap, tak nampak”.

Ketika itu Kasthuri sedang mempersoalkan berkenaan kekurangan anggota parlimen wanita yang diusulkan bagi menggantikan anggota jawatankuasa pemilihan parlimen.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top