BM | EN | 中文

Wak Doyok dipanggil beri keterangan, Long Tiger ditahan reman

Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 APRIL: Personaliti fesyen, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 41, telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung penggunaan cincin mempunyai lambang peribadi Sultan Johor, hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Wak Doyok dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri.

“Pada 28 April lalu, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak kerajaan negeri berhubung tindakan individu berkenaan menggunakan cincin tersebut.

Advertisement

“Kes ini sebenarnya sudah lama dimana dia membeli cincin itu pada tahun 2012 secara dalam talian daripada sebuah syarikat di Indonesia,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Dua hari lalu, Wak Doyok memuat naik gambar di laman Instagram miliknya menunjukkan sebentuk cincin yang mempunyai ukiran lambang peribadi Sultan Johor.

Dia yang juga merupakan seorang pelakon itu disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.

Advertisement

Sementara itu, Ayob Khan turut memaklumkan penangkapan seorang individu yang dikenali sebagai Long Tiger yang ditahan di kediamannya, di Muar, dua hari lalu.

Menurut Ayob Khan, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 31, ditahan untuk siasatan atas kesalahan memfitnah seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

“Suspek merupakan seorang individu bukan warganegara sebaliknya merupakan pemastautin sementara dari Myanmar.

Advertisement

“Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan jenayah ugut, culik dan rogol pada 2009 dan 2012 yang kesemuanya sudah disabit kesalahan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan kerana suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan gangster,” ujarnya.

Long Tiger menjadi bualan netizen kerana kelantangannya yang menimbulkan kontroversi melalui beberapa sesi siaran langsung di Facebook miliknya baru-baru ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top