BM | EN | 中文

Wak Doyok didakwa di mahkamah, mengaku tidak bersalah

IMG-20200506-WA0010.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 MEI: Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menggunakan lambang Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tanpa kebenaran bertulis.

Selebriti dan ikon fesyen berusia 41 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Wak Doyok didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada jam 2.15 petang, 30 April lalu.

Advertisement

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dijamin sebanyak RM35,000 dengan seorang penjamin manakala sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Jun depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, MN Halim Md Amin dan Syaffie Naim.

Advertisement

Wak Doyok sebelum ini mengundang kontroversi apabila didakwa menggunakan cincin dengan ukiran lambang peribadi Sultan Johor yang dibeli secara atas talian dari Indonesia pada 2018.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top