BM | EN | 中文

WAJAH BARU ARKED MERANTI DI UTM, MEDAN SELERA TANPA TUNAI

IMG-20191208-WA0001.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 DIS: Sejajar dengan inisiatif kampus tanpa tunai selain Revolusi Industri keempat (IR 4.0), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memperkenalkan medan selera tanpa tunai di Arked Meranti, di sini.

Menjadikan Maybank QR Pay sebagai rakan strategik, kesemua 18 outlet makanan dan minuman di arked tersebut menyediakan transaksi tanpa tunai sejak diperkenalkan tiga minggu lalu.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Wahid Omar berkata, syarikat milik penuh universiti itu, UTM Holdings Sdn bhd telah menaiktaraf infrastruktur, kemudahan dan persekitaran arked tersebut melibatkan kos sejumlah RM1.1 juta.

Advertisement

“Pembukaan rasmi Arked Meranti merupakan satu lagi pembaharuan serta penanda aras bagi kemajuan penyediaan fasiliti yang baik kepada pelajar serta kakitangan UTM,” katanya pada majlis perasmian di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, penambahbaikan dari segi kualiti dan prasarana yang disediakan bukan sahaja untuk warga UTM tetapi juga kepada tetamu, dimana ini selaras dengan pelan pembangunan universiti dan hasrat bagi menyediakan fasiliti terbaik kepada warga kampus.

“Pelan pembangunan ini meliputi pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi memastikan suasana kampus kekal kondusif,” katanya.

Advertisement

Arked Meranti merupakan medan selera yang telah siap dibina pada tahun 2003 dan telah beroperasi sebagai medan selera kepada warga UTM terutamanya pelajar.

Arked tersebut mengetengahkan pelbagai gerai makanan tempatan dan antarabangsa bagi memenuhi keperluan warga kampus.

Universiti tersebut akan terus memacu ke arah kampus tanpa tunai dengan penggunaan teknologi maksimum dalam urusan pembayaran yang mampu memudahkan urusan dan mengurangkan transaksi fizikal.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top