BM | EN | 中文

Wad Perempuan Hospital Sultanah Aminah terbakar

HSA-terbakar.jpg

Gambar Ehsan FB Pray For Pasir Gudang

JOHOR BAHRU: : Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran Wad Perempuan 1, Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini yang berlaku sekitar pukul 3 petang hari ini.

Menurut kenyataan awal daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat Tebrau Johor Bahru, kebakaran yang berlaku dalam Wad Perubatan Perempuan 1 melibatkan penghadang suis dan oksigen.

Semua pesakit dalam wad berkenaan juga telah dikeluarkan oleh kakitangan hospital

Sementara itu Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr Adham Baba, pada sidang media mengesahkan tiada kecederaan dan kematian dalam kebakaran itu.

Katanya, ketika kejadian 52 pesakit berada dalam Kompleks Wad Perubatan Perempuan. Daripada jumlah itu 24 pesakit berada dalam wad yang terbakar diselamatkan oleh Pasukan Tindakan Pantas (Emergency Respon Team).

“Seramai 42 pesakit dipindahkan ke wad perempuan di bangunan HSA yang lain, manakala 10 pesakit yang memerlukan pemerhatian dipindahkan ke Hospital Permai.

“Kebakaran ini tiada kaitan dengan kebakaran empat tahun lalu kerana bangunan juga berbeza. Punca kebakaran masih disiasat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Tiada kematian seperti yang tular di media sosial. Kebakaran ini tidak membabitkan kecederaan dan kematian,” katanya.

Beliau menambah bangunan itu akan ditutup sehingga ia disahkan selamat oleh JBPM dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Terdahulu petang ini sejumlah video dan gambar kebakaran di media sosial menunjukkan sekurang-kurangnya tiga trak bomba telah dikerahkan ke sana, sementara jururawat menjaga pesakit yang dibawa keluar.

Pihak bomba yang sampai ke tempat kejadian dalam masa lima minit kemudian berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran 10 minit kemudian.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top