BM | EN | 中文

Wad kanak-kanak di hospital Johor beroperasi seperti biasa

Hospital-Sultanah-Aminah-Johor-Bahru-HSA-JB.jpg

Gambar Hiasan (Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru / Ehsan kinderasia.com)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 JUN: Operasi wad kanak-kanak di hospital seluruh Johor beroperasi seperti biasa, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kemaskini situasi semasa kes COVID-19 di negeri Johor, semalam.

“Hanya seorang penjaga yang berada di wad menemani pesakit pada satu-satu masa dan pelawat tidak dibenarkan kecuali ibu bapa sahaja,” kata Vidyananthan.

Advertisement

Beliau turut memaklumkan waktu operasi klinik pakar di seluruh negeri ini tidak berubah, namun operasinya dilaksanakan dengan kawalan serta langkah pencegahan penularan wabak COVID-19.

Antaranya fokus kepada kawalan pintu masuk dan mengurangkan kesesakan di klinik.

Dalam pada itu beliau berkata jumlah keseluruhan pesakit pada satu sesi klinik dikurangkan kepada 60-70 peratus.

Advertisement

Katanya, semua rekod pesakit yang dijadualkan ke klinik disaring dan diklasifikasikan mengikut jenis penyakit dan keperluan perawatan.

“Pesakit yang stabil akan dijadual semula untuk datang ke klinik tarikh yang bersesuaian. Bagi pesakit yang stabil tetapi memerlukan preskripsi ubat-ubatan, mereka akan dipanggil untuk menambah stok ubat dan diberi anjakan tarikh yang bersesuaian.

“Pesakit yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan ulangan secara kerap tidak akan diubah tarikh temujanji,” kata Adun Kahang itu.

Advertisement

Manakala bagi pesakit yang ingin menghadiri sesi konsultasi dinasihatkan untuk datang mengikut blok masa yang ditetapkan bagi mengelak kesesakan dan seorang penjaga sahaja dibenarkan menemani pesakit di dalam bilik konsultasi dan kawasan klinik.

Saringan suhu badan pesakit dan penjaga akan dijalankan di pintu masuk utama klinik dan kepaa yang demam akan terus dirujuk terus ke Jabatan Kecemasan.

BACA: Hasni yang enggan terima salam perbincangan dari PH Johor

Advertisement

“Saya menasihatkan penjaga dan pesakit memakai pelitup muka.

“Jumlah pesakit dan penjaga yang masuk ke kawasan klinik akan dipantau agar penjarakan sosial dipatuhi,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top