BM | EN | 中文

VTL bantu percepat pembukaan sempadan Johor dan Singapura – Exco

tambak-johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 NOV: Pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang diumumkan kerajaan Malaysia dan Singapura dilihat akan membantu mempercepat pembukaan sempadan antara Johor dan republik berkenaan.

Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri Datuk Mohd Izhar Ahmad berkata laluan darat Malaysia dan Singapura yang ditutup sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac tahun lepas akibat COVID-19, dijangka dibuka dalam masa terdekat.

“Syukur, impaknya tentulah bagus kerana ini adalah usaha kerajaan selama ini setelah beberapa kali rundingan dibuat dengan kerajaan Singapura dan dengan adanya VTL, kita berharap ekonomi kita akan berjalan dengan baik dan lancar.

Advertisement

“Saya tidak boleh mengulas secara terperinci mengenai perkara ini, namun ia memberi bayangan bahawa laluan darat dan udara antara Johor dan Singapura akan dibuka tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya Khas Belia dan Wanita Negeri Johor 2021, di sini, semalam.

lsnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong mengumumkan pelaksanaan VTL antara Lapangan Terbang Changi dan KLIA, mulai 29 Nov ini.

Mengulas mengenai ‘Business Travellers Center (BTC) yang bakal dibuka di negeri itu untuk memudahkan ketibaan Pelawat Perniagaan Jangka Pendek dari Singapura, Mohd lzhar berkata kerajaan negeri akan membuat persiapan mengalu-alukan ketibaan pelabur mulai tahun depan.

Advertisement

“Berdasarkan Bajet 2022, Johor diperuntukkan RM10 juta untuk membina BTC di Linkedua, namun kerajaan negeri berhasrat membuka satu lagi BTC di Tambak Johor.

“Kita akui memang RM10 juta tidak mencukupi kerana anggaran adalah antara RM17 hingga RM18 juta, jadi kita mohon peruntukan tambahan.

“Misalnya di KLIA, pusat ini mampu menarik 100 pelawat perniagaan tetapi apabila sempadan di Singapura dibuka, mungkin boleh capai 1,000 pelawat perniagaan.

Advertisement

“Kita mesti ada persediaan dan kita tidak mahu limpahan (pelawat perniagaan) itu nanti akan menyebabkan masalah lain yang timbul,” katanya.

Beliau berkata BTC berkenaan dijangka siap pada suku pertama tahun depan.

Pada 29 Okt lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz melalui Bajet 2022 mengumumkan sebuah BTC untuk Pelawat Perniagaan Jangka Pendek dari Singapura dengan kos RM10 juta akan dibina di Johor.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top