Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), YB Yeo Bee Yin turun padang melawat Sistem Amaran Awal Pantau Pencemaran Alam Sekitar. Pasir Gudang merupakan bandar pertama memiliki sistem itu bagi mencegah kejadian seumpama Sungai Kim Kim berlaku kembali.
