Menghargai hasil karya allahyarham Shaharom Husain, sebuah pameran diadakan di Muzium Tokoh Johor selama 6 bulan. Anak beliau, Prof Datuk Dr. Mohamed Hatta berkongsi pengalaman tentang keunikan allahyarham.
Anda boleh melihat koleksi peribadi beliau seperti mesin taip lama, gambar-gambar peribadi dan juga pra tonton video. Tidak ketinggalan buku-buku hasil karya beliau.