Johor Bahru – Majlis Sulaman Bakti Sanjungan Budi merupakan pengiktirafan dan tanda penghargaan pihak kerajaan melalui Yayasan Pelajaran Johor kepada para penyelaras yang terdiri daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah yang terlibat secara langsung dalam program Tuisyen SPM YPJ dan Kem Kepimpinan Muda Johor. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia & Sains Teknologi, YB Aminolhuda Hassan.
