YB Hj Aminolhuda Hj Hassan, EXCO Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi telah hadir ke Karnival Mini TVET bertempat di SMK Sri Kukup Pontian.
TVET merupakan laluan utama buat pelajar teknik & vokasional bagi membimbing mereka mengusai bidang kemahiran yang mampu memberikan peluang pekerjaan yang optimum pada masa hadapan. 30% pekerja mahir dapat dihasilkan menjelang 2020.
Yayasan Pelajaran Johor turut memberikan sijil biasiswa kenangan Dato Onn. Seramai 20 penerima biasiswa tingkatan 1 hingga 5 menerima RM600 setahun manakala pelajar tingkatan 6 menerima RM1000 setahun.