BM | EN | 中文

[VIDEO] BELANJAWAN JOHOR 2020: TERAS KELIMA – MENGUKUH JATI DIRI & MEMUGAR WARISAN BUDAYA

Teras-Kelima.jpg
Advertisement

Teras Kelima untuk Belanjawan Johor 2020 iaitu:
i)Memulihara bangunan-bangunan warisan dan tapak sejarah Johor
ii)MPBP menjalankan proses pemuliharaan bangunan dengan melakukan projek Kajian Sejarah Warisan dan Morfologi Bandar Penggaram.
iii)Mengetengahkan produk Homestay yang mengamalkan warisan tradisi dan mengiktirafkan sebagai Kampung Tradisi Tamadun Melayu Johor
iv)Institut Integriti Kepimpinan & Latihan Dato’ Onn (IKHLAS) akan menjalankan pelbagai usaha dalam pembentukan jati diri di kalangan anak muda.
v)Yayasan Warisan Johor (YWJ) akan meneruskan program karnival atau festival yang menghimpunkan pelbagai bidang seni & budaya untuk merakyatkan seni budaya di kalangan masyarakat.
vi)YPJ akan menerajui dan mengembangkan Program Pengantarabangsaan menerusi aktiviti pertukaran budaya dan persembahan kebudayaan melalui penganjuran festival & pameran antarabangsa
vii)Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) Negeri Johor akan mempromosikan aktiviti kesenian melalui Program Semarak Seni Budaya & Program Permainan Tradisional
viii)Latihan Kain Benang Johor (Tenunan Johor) akan dikomersilkan melalui institut kemahiran bagi melahirkan lebih ramai penyambung legasi penenun di Johor.

#belanjawanjohor2020
#johorkini
#johorku

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top