BM | EN | 中文

VF GROUP SUMBANG RM500,000 UNTUK JSBA

IMG-20191113-WA0005.jpg

 

JOHOR BAHRU, 13 NOV : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) menyambut baik usaha dan inisiatif Persatuan Bola Keranjang Negeri Johor (JSBA) yang berjaya mendapatkan tajaan berjumlah RM500,000

Tajaan daripada VF Group Sdn Bhd itu adalah untuk program pembangunan akar Ulumbi Slsukan bola keranjang negeri ini

Pengarah MSNJ, Mohd Gadaffie Abd Aziz dalam ucapannya berkata, usaha dan inisiatif JSBA untuk mencari penaja bagi program mereka amat baik.

“Diharapkan lebih banyak syarikat-syarikat korporat atau swasta bersama membantu dan menaja sukan-sukan.

“Ini kerana pembangunan sukan sememangnya memerlukan dana tambahan untuk menjalankan program-program yang dirancang,” katanya.

Tambahnya lagi, dengan penajaan yang diperolehi itu dapat meningkatkan semangat atlet dan pengurusan persatuan berkenaan.

“Ini bagi memastikan misi empat pingat emas yang disasarkan pada Temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2020 di Johor, tahun depan berjaya dicapai,” katanya lagi.

Baru-baru ini telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Penajaan dan Penyerahan ‘Mock Cheque’ Program Pembangunan Akar Umbi JSBA bersama VF Group Sdn Bhd yang diadakan di Austin International Convention Centre (AICC), di sini, Ahad lepas.

VF Group Sdn Bhd merupakan syarikat hartanah di Johor berbesar hati untuk menaja program pembangunan sukan itu untuk tempoh lima tahun iaitu bermula tahun 2020 hingga 2024.

Dalam pada itu, Pengasas VF Group Sdn Bhd, Datuk Vincent Koo Seng Yong berkata, pihaknya tertarik untuk menaja  JSBA menerusi program tersebut adalah kerana melihat usaha persatuan dan perkembangan sukan itu yang aktif di negeri ini.

Katanya, sukan bola keranjang adalah dekat dihatinya kerana beliau juga seorang pemain bola keranjang semasa di zaman persekolahannya.

“Saya berharap dengan tajaan yang diberikan, sukan ini akan terus berkembang maju dan program-program untuk akar umbi dapat dilakukan seperti yang dirancang,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden JSBA, Datuk Ou Kwee Hua pula berkata, tajaan ini dapat menyuntik semangat baru kepada persatuan dan atlet bola keranjang negeri Johor.

“Bola keranjang mesti pertahankan rekod juara di Sukma, jadi kita kena usaha lebih gigih supaya kita dapat sediakan atlet pelapis untuk Sukma selepas 2020,” katanya.

Majlis itu turut disaksikan oleh Adun Perling, Cheo Yee How.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top