BM | EN | 中文

Venue Sukma XX Johor 2020 adaptasi teknologi digital

DSC_7042-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 FEB: Hampir kesemua 39 venue sempena temasya sukan dwitahunan Sukan Malaysia (Sukma) XX Johor 2020 akan mengadaptasi teknologi digital selari dengan alaf baharu.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, kesemua venue Sukma XX Johor 2020 dijangka siap sepenuhnya menjelang April ini.

Katanya, kerajaan negeri bertekad menjadikan edisi Sukma kali ini yang terbaik daripada segenap aspek.

Advertisement

“Bagi menghadapi temasya sukan dwitahunan ini, kerajaan negeri telah bersedia terutamanya daripada segi persiapan venue pertandingan.

“Hampir semua kemudahan dan infra yang disediakan akan mengadaptasi konsep kemajuan teknologi dan pembangunan digital sejajar dengan Alaf Baharu 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa menyempurnakan Majlis Pelancaran Cenderamata Rasmi Sukma Johor 2020 di pusat beli belah Beletime Danga Bay, di sini hari ini.

Advertisement

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dan Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Tambah beliau, Johor mempunyai lebih kurang 146 hari lagi sebelum temasya Sukma XX Johor 2020 bermula.

“Bagi edisi kali ini, sebanyak 31 jenis sukan akan dipertandingkan di 39 venue sukan yang akan berlangsung di tiga daerah iaitu Johor Bahru, Muar dan Kota Tinggi.

Advertisement

“Sebanyak 434 pingat akan menjadi rebutan para atlet yang akan bertanding di temasya tahun ini,” ujarnya lanjut.

Dr Sahruddin turut memberitahu bagi penganjuran Para Sukma pula, sebanyak 10 jenis sukan akan dipertandingkan yang mempertaruhkan sebanyak 317 pingat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top