BM | EN | 中文

Venue Sukma Johor siap sepenuhnya Mei 2020

mohd-solihan-1-01-scaled.jpg

Mohd Solihan ketika sidang media

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 2 JAN: Venue penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020 yang bakal berlangsung pada Julai depan dijangka siap sepenuhnya pada Mei ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd Solihan Badri berkata, pihaknya meletakkan sasaran empat bulan lagi sebagai tarikh penyiapan akhir sebelum venue diserahkan sepenuhnya kepada penganjur Sukma Johor 2020.

“Kita cuma ada empat bulan penuh untuk menyediakan venue, walaupun ada enam bulan lagi. Ini kerana pada bulan puasa dan hari raya mungkin tak dapat beri tumpuan.

Advertisement

Sekretariat memerlukan kita untuk menyediakan venue ini pada Mei untuk mereka membuat pemasangan dan persiapan terakhir, antaranya seperti peralatan elektornik.

“Pihak sekretariat juga akan memastikan ia disiapkan awal untuk mengadakan beberapa ujian acara-acara terdahulu seperti Sukan Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK).

“Kita harap jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan yang menyediakan (venue) boleh membuat penyerahan selewatnya pada Mei 2020,” katanya kepada wartawan pada sidang media di Bangunan Datuk Abdul Rahman Andak, di Kota Iskandar, hari ini.

Advertisement

Mohd Solihan yang juga ADUN Tenang berkata, terdapat kira-kira 40 venue sepanjang temasya Sukma 2020 di tiga daerah di Johor yang turut melibatkan enam pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Selain itu, enam buah projek pembinaan venue baru dengan 11 projek menaiktaraf dan 20 projek selenggara.

“Enam venue baru tersebut ialah Arena Emas, Taman Impian, venue sukan berbasikal di Iskandar Puteri, Pusat Menembak, Stadium Olahraga, dan Stadium Ragbi di Sports City Mount Austin selain venue pertandingan kenu di Edu Hub,” katanya.

Advertisement

Tambahnya lagi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menjadi perkampungan sukan yang bakal menempatkan sehingga lebih 5,000 atlet dan pegawai kontinjen negeri-negeri dari seluruh Malaysia.

“Sepanjang sukan SUKMA nanti kita jangka sehingga 40,000 atlet pegawai dan peminat sukan berada di Johor yang mengambil bahagian, menonton dan terlibat dalam program. Ini adalah jumlah yang ramai dan memerlukan persediaan yang mencukupi dan teliti,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top