BM | EN | 中文

Velodrom Johor dan Trek BMX siap 30 April ini

khuzzan-11.jpg

Mohd Khuzzan Abu Bakar mendengar penerangan berhubung pembinaan Velodrom Johor.

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 18 FEB: Velodrom Johor dan Trek BMX yang sedang dibina sempena temasya Sukan Malaysia (Sukma) XX Johor 2020 tahun ini dijangka siap menjelang 30 April ini.

Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, kedua-dua projek itu kini mendahului jadual pembinaan ditetapkan.

“Setakat 16 Februari lalu, Velodrom Johor telah siap sebanyak 92.45 peratus, manakala Trek BMX sebanyak 61.68 peratus.

Advertisement

“Kedua-dua projek ini dilaksanakan kerajaan negeri melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ) dengan kos berjumlah RM51 juta dan RM1.3 juta masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan kerja di tapak projek berkenaan di sini, hari ini.

Mohd Khuzzan turut memberitahu, Velodrom Johor akan menawarkan 16 pingat emas manakala Trek BMX pula menawarkan dua pingat emas.

Advertisement

“Kedua-dua venue ini akan dimasukkan ke dalam perancangan Pelan Pembangunan Sukan Negeri Johor 2030 yang akan disediakan Sports Johor.

“Langkah itu demi melestarikan pembangunan kemudahan sukan seiring dengan arus pembangunan semasa,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top