BM | EN | 中文

Van dalam perjalanan ambil vaksin untuk PKD Kluang kemalangan, pemandu maut

Van-dalam-perjalanan-ambil-vaksin-untuk-PKD-Kluang-kemalangan-pemandu-maut.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 OGOS: Seorang pemandu van kesihatan maut manakala tiga lagi kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) cedera selepas van yang dinaiki terlibat dengan kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 9.7 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Selatan) di sini tengah hari tadi.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor Datuk Dr Aman Rabu, mengesahkan insiden itu dan memaklumkan van terbabit dalam perjalanan mengambil bekalan vaksin di Hospital Permai untuk dibawa ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kluang.

Ketika kejadian, bekalan vaksin belum ada di dalam van kesihatan itu.

Advertisement

Beliau berkata mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid pula berkata dalam kejadian pada kira-kira 12.15 tengah hari itu, selain pemandu yang disahkan meninggal dunia, tiga lagi yang terlibat ialah pegawai farmasi dan dua jururawat yang menaiki van kesihatan dari PKD Kluang menghala ke Hospital Permai.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu van, ketika tiba di lokasi kejadian iaitu di lorong kanan, telah mengelak sebuah kereta yang membrek secara mengejut sebelum merempuh belakang sebuah lori yang dipandu lelaki berumur 30 tahun.

Advertisement

“Akibat kemalangan itu, pemandu dan penumpang di bahagian hadapan van kesihatan tersepit manakala dua penumpang di bahagian belakang mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba dan ketiga-tiga penumpang dibawa ke HSA untuk rawatan lanjut.

Pemandu van disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik HSA untuk proses bedah siasat manakala pemandu Ion tidak mengalami sebarang kecederaan.

Advertisement

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Rupiah menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu agar menghubungi Pegawai Penyiasat lnspektor Najwa Abd Latif di talian 013-4144 997 atau Ibu Pejabat Polls Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563 122.

Timbalan Penguasa Bomba I Mohd Suhaimi Jamal, dalam kenyataan berasingan, memaklumkan bahawa empat kakitangan KKM itu dikenali sebagai Shamsul (pemandu), 49, penumpang hadapan Amelia Pek Ying Hung, 26, serta penumpang belakang iaitu Rosnilam Satari, 48, dan Azlina Mohd Rawi, 41.

Advertisement

Beliau berkata operasi yang selesai pada 1.24 petang itu menggunakan peralatan khas ‘ResQ Tools’ untuk mengeluarkan mangsa tersepit dan mengambil masa 11 minit.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top