BM | EN | 中文

Vaksinasi: Pelajar sambung pelajaran di luar negara perlu diberi keutamaan – Adun Jementah

tan-chen-choon.jpg

Tan Chen Choon

Advertisement

SEGAMAT, 8 JUN: Adun Jementah, Tan Chen Choon menyeru agar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar yang akan menyambung pelajaran di luar negara.

Menurut Tan, beliau baru-baru telah menerima maklum balas tentang pelajar-pelajar yang akan menyambung pelajaran di universiti luar negara diwajibkan untuk melengkapkan kedua-dua dos Vaksin Covid-19 sebelum tiba di sana.

“Walaupun pelajar-pelajar ini telah membuat permohonan supaya temujanji vaksinasi mereka diawalkan kepada Jawatankuasa Kerja Khas Penilaian Permohonan Akses Awal Vaksin (JKPAV) atas sebab melanjutkan pelajaran di luar negara, tetapi, sehinggi kini mereka masih tidak menerima butiran temujanji vaksinasi daripada pihak berkenaan,” kata Tan.

Advertisement

Menurut Tan, dalam maklum balas secara bertulis oleh JKPAV, pemohon memerlukan enam minggu bagi menguruskan temujanji vaksinasi dari permulaan sehingga lengkap kedua-dua dos Vaksin Covid-19.

Justeru itu katanya, para pelajar berasa amat bimbang tempoh masa urusan vaksinasi seperti yang dinyatakan pihak JKPAV kerana kebanyakan mereka sudah membeli tiket penerbangan dan berharap melengkapkan kedua-dua dos Vaksin Covid-19 sebelum bertolak ke luar negara.

“Ada juga dalam kalangan mereka belum membeli tiket penerbangan sehingga kini disebabkan belum menerima temujanji suntikan vaksin.

Advertisement

“Justeru, saya menyeru sekali lagi agar Kerajaan mempercepatkan urusan vaksinasi terutamanya dalam kalangan pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di luar negara supaya rancangan mereka tidak terganggu atau dibatalkan,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top