BM | EN | 中文

Vaksinasi pelajar Asasi, Diploma perlu disegera jika kampus dibuka Oktober ini – Adun Jementah

tan-chen-choon.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 2 OGOS: Adun Jementah, Tan Chen Choon menggesa menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin mempercepatkan proses vaksinasi kepada pelajar sekiranya kampus dibuka bagi sesi akademik 2021/2022 Oktober ini.

Kata Tan, beliau menerima aduan dari ibu bapa pelajar tentang kerisauan dan kebimbangan terhadap anak masing-masing yang masih belum menerima janji temu untuk vaksinasi.

“Susulan kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 30 Julai lalu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar baharu program Asasi dan Diploma, Sesi Akademik 2021/2022 akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bermula pada Ogos 2021.

Advertisement

“Tetapi, dalam kenyataan media sama dimaklumkan universiti awam boleh mempertimbangkan kemasukan pelajar Asasi dan Diploma ke kampus secara fizikal bermula Oktober 2021 atau pada semester berikutnya bergantung kepada persediaan dan ketetapan masing-masing.

“Ini jelas membuktikan bahawa pelajar baharu program Asasi dan Diploma, sesi akademik 2021/2022 mungkin diwajibkan hadir ke kampus secara fizikal pada bulan Oktober 2021 untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

“Sehubungan dengan itu, kebanyakan ibu bapa mulai berasa risau dan bimbang sekiranya sesetangah universiti menwajibkan kemasukan pelajar baharu ke kampus secara fizikal, sedangkan ada pelajar yang masih belum divaksinasi.

Advertisement

“Hal ini kerana keputusan ini akan meningkatkan risiko jangkitan Covid-19 dalam kalangan pelajar-pelajar dan mungkin akan menyebabkan kluster universiti yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, situasi Covid-19 kini semakin serius dengan kes harian positif baharu semakin tinggi, selain peningkatan kes melibatkan remaja yang belum menerima suntikan dos pertama.

“Justeru, kebimbangan ibu bapa terhadap anak masing-masing adalah rasional.

Advertisement

“Diharapkan para menteri memahami kerisauan dan situasi Covid-19 ini dengan mempercepatkan proses vaksinasi kepada pelajar-pelajar baharu universiti awam sesi kemasukan 2021/2022,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top