BM | EN | 中文

Vaksinasi: “Daftar di Kluang, tapi temu janji di KL, Sabah” – Ahli Parlimen

Wong-Shu-Qi-ahli-parlimen-Kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 9 JUN: Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi menggesa kerajaan membaiki masalah teknikal di laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang melibatkan sistem pendaftaran vaksin.

Katanya ketika negara menghadapi krisis dan ketika kerajaan cuba meningkatkan kadar vaksinisasi di seluruh negara, masalah itu tidak seharusnya berlaku.

“Baru-baru ini, pejabat saya mendapati bahawa pendaftaran baru tidak dapat dihantar kerana tiada respon langsung daripada laman web tersebut selepas kami mengisi butiran pemohon.

Advertisement

“Malah, kami terus dimaklumkan bahawa sistem telah tergendala apabila cuba membuat semakan terhadap permohonan lama.

“Selain itu, masih berlaku kes di mana individu diberi temu janji vaksin di negeri lain walaupun sudah mengemaskini beberapa kali alamat mereka.

“Contohnya, ada seorang penduduk Kluang yang telah mendapat temu janji vaksin di Sabah, dan selepas kami membantunya mengemaskini rekod melalui “Helpdesk” Mysejahtera, dia diberi temu janji vaksin di Kuala Lumpur pula,” kata Shu Qi dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Beliau berkatam turut menerima aduan di mana temu janji vaksin telah diberikan dalam Mysejahtera tetapi tidak ditemui dalam laman web JKJAV, ataupun sebaliknya.

Dalam beberapa kes ujar Shu Qi, ada yang mendakwa temu janji yang diberikan dalam sistem telah dipadamkan.

“Pusat khidmat saya sedang berusaha untuk membantu mendaftarkan orang awam untuk mengambil bahagian dalam PICK.

Advertisement

“Namun, masalah teknikal remeh-temeh seperti ini telah mengganggu usaha kami dan membantutkan kempen menggalakkan vaksinisasi.

“Rakyat Malaysia tidak meminta perkara yang melampau daripada kerajaan Perikatan Nasional.

Mereka yang telah mendaftar dalam PICK hanya berharap mereka boleh menerima vaksin secepat mungkin dan kehidupan kita kembali menjadi normal.

Advertisement

“Masalah-masalah teknikal seperti yang disebut di atas tidak harus berlaku sama sekali. Saya menggesa Menteri MOSTI menyelesaikan masalah remeh-temeh ini dengan segera,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top