BM | EN | 中文

Vaksinasi Covid-19: Pengamal perubatan swasta perlu akur penggiliran, tak boleh selektif

Chew-Chong-Sin-Adun-Mengkibol.jpg
Advertisement

KLUANG 9 MAC: Pengamal perubatan swasta mesti mengikuti senarai disediakan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dan tidak boleh memilih untuk memberikan vaksin kepada individu tertentu secara selektif.

Adun Mengkibol, Chew Chong Sin berkata, pengamal perubatan swasta seharusnya menyertai program ini semenjak fasa pertama vaksinasi kepada petugas barisan hadapan walaupun tidak membawa keuntungan dan bukan hanya menyertai program ini pada fasa kedua.

“Saya mengalu-alukan persetujuan JKJAV membenarkan pengamal perubatan am swasta (GP) mengambil bahagian dalam fasa kedua dan ketiga Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan, agar orang ramai mempunyai peluang yang lebih luas untuk melakukan vaksinasi

Advertisement

“(Namun), pengamal perubatan am swasta mesti mengikuti senarai disediakan JKJAV dan tidak boleh memilih untuk memberikan vaksin kepada individu tertentu secara selektif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memetik pengumuman JKJAV, bahawa jumlah yang divaksin sehingga 7 Mac adalah 139,720 orang dengan nisbah 140,000 orang seminggu.

Katanya, walaupun setiap orang hanya mengambil satu dos, diperlukan 164 minggu atau lebih dari tiga tahun untuk menyelesaikan vaksinasi pertama untuk 23 juta rakyat Malaysia berdasarkan sasaran pembentukan imuniti kelompok yang ditetapkan oleh kerajaan.

Advertisement

“Oleh itu, pengamal perubatan am swasta harus direkrut daripada fasa pertama pemberian vaksin juga, supaya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan negara kita dapat memasuki fasa kedua seperti yang dirancang atau lebih awal,” ujarnya.

Tambah beliau pengamal perubatan swasta sepeti Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) tidak patut meminta membeli vaksin untuk memberi vaksin kepada individu tertentu memandangkan penawaran vaksin global amat ketat sekarang.

“Sebaliknya, apa yang harus dibuat oleh APHM ialah membantu mempercepatkan pemberian vaksin mengikut senarai nama keutamaan yang ditentukan oleh kerajaan,” ujarnya lagi,

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top