BM | EN | 中文

Vaksinasi Covid-19: Pendaftaran di Johor hanya 32 peratus, kerajaan perlu pergiat kempen

Tan-Chen-Choon-membantu-penduduk-kampung-Batu-10-Jementah-membuat-pendaftaran-Vaksin-Covid-19-bersama-Oh-Lee-Lee.jpg

Tan Chen Choon membantu penduduk kampung Batu 10, Jementah membuat pendaftaran Vaksin Covid-19

Advertisement

SEGAMAT, 31 MAC: Kerajaan perlu mempergiatkan kempen vaksinasi Covid-19 dengan menggunakan saluran media rasmi sama ada elektronik atau cetak bagi menghebahkan kepentingan pendaftaran vaksinasi terutamanya di kawasan luar bandar.

Adun Jementah, Tan Chen Choon memetik laman rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor bahawa jumlah keseluruhan pendaftaran vaksin Covid-19 di aplikasi MySejahtera sehingga 29 Mac (Isnin) ialah 942,337 orang, bersamaan 33.2 peratus.

“Bagi mencapai hasrat imuniti kelompok bagi vaksinasi Covid-19 melalui program imunisasi Kebangsaan, iaitu mencapai sasaran sekurang-kurangnya 75 hingga 85 peratus rakyat perlu disuntik dengan vaksin Covid-19.

Advertisement

“Akan tetapi, jumlah keseluruhan pendaftaran vaksin Covid-19 terkini bagi Nnegeri Johor masih tidak tercapai sasaran imuniti kelompok dengan kadar perbezaan 42 hingga 50 peratus.

“Kerajaan perlu mempergiat kempen vaksinasi Covid-19 menggunakan saluran media rasmi sama ada media elektronik atau media cetak bagi menghebahkan kepentingan pendaftaran vaksinasi terutamanya di kawasan luar bandar.

“Dengan ini, negara kita barulah dapat mencapai hasrat imuniti kelompok bagi vaksinasi penyakit bawaan virus Covid-19 dalam jadual yang ditetapkan,” kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Terdahulu, Tan membuka kaunter pendaftaran vaksin Covid-19 di gerai penjaja Melayu dekat Batu 10, Jementah, baru-baru ini.

Menurut Tan, jumlah pendaftaran vaksin Covid-19 bagi setiap daerah di Johor adalah Johor Bahru, 457,025 (38.3%), Kulai, 82,416 ( 38.4%), Pontian, 38,068 (29.5%), Kota Tinggi, 47,141 (29.2%), Batu Pahat, 99,069 ( 28.6%), Kluang, 69,749 (27%), Mersing, 11,976 (20.4%), Muar, 62,042 (29.5%), Tangkak, 30,079 (26.4%) dan Segamat, 44,772 (29.1%).

Dalam pada itu Tan memaklumkan, terdapat segelintir warga setempat bertanyakan soalan seperti jenis vaksin, keberkesanan, kesan-kesan sampingan dan sebagainya.

Advertisement

“Ini terbukti Rakyat Malaysia masih terdapat keraguan atau persoalan terhadap vaksin Covid-19 ini,” katanya lagi.

Johorkini

Tan Chen Choon membantu penduduk kampung Batu 10, Jementah membuat pendaftaran Vaksin Covid-19 bersama Oh Lee Lee (berdiri)

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top