BM | EN | 中文

Vaksinasi Covid-19: Pemandu e-hailing, pelajar IPT, peniaga pasar antara perlu diutamakan

Abdul-Hamid-Jamah.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 4 JUN : Selain pasukan barisan hadapan yang perlu diberikan keutamaan untuk vaksinasi, kerajaan juga disarankan untuk memberi tumpuan kepada golongan yang sering berhadapan dengan situasi sosial.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Abdul Hamid Jamah berkata, pemandu e-hailing, pelajar di IPT dan peniaga pasar yang sentiasa berurusan dengan orang ramai antara golongan yang perlu segera menjalani vaksinasi.

“Untuk program vaksin ini bolehlah mengutamakan mereka ini bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini.

Advertisement

“Kerajaan boleh mendapatkan maklumat mereka dengan pendaftaran melalui syarikat yang sememangnya terkandung butiran peribadi.

“Ini penting. Mereka sentiasa berurusan dengan orang ramai dan ianya sekaligus mengekang perebakan wabak ini dari terus berlaku,” ujarnya.

Hamid berkata, proses untuk mereka mendapatkan vaksin dilihat agak perlahan memandangkan kerajaan dilhat pasif dan kelewatan ini memberikan kesan.

Advertisement

“Kerajaan kena agresif serta menyenaraikan mereka yang perlu untuk divaksin terlebih dahulu kerana dibimbangi memberikan kesan jangka masa panjang.

“Letakkan ukuran rakyat yang memerlukan atau kurang memerlukan sebagai penerima vaksin.

“Boleh nak berikan semua rakyat vaksin secara besar-besaran, tetapi kapasiti yang dihadapi hari ini mencerminkan kerajaan masih tidak mampu untuk ke arah itu.

Advertisement

“Jadi lebih baik tumpukan kepada mana yang lebih memerlukan dahulu,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top