BM | EN | 中文

Vaksinasi Covid-19: Para guru perlu diutamakan – MP Kulai

teo-nie-ching.jpg
Advertisement

KULAI, 9 APR: Ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching menggesa kerajaan supaya terus mengutamakan para guru dalam program vaksinisasi Covid-19.

Menurut beliau langkah itu adalah penting, susulan pembukaan semula sekolah dan sesi pembelajaran secara bersemuka telahpun dimulakan semula.

“Sekolah menengah telah memulakan kelas fizikal mulai minggu ini, dan guru sekolah menengah dan juga guru sekolah rendah harus kembali ke sekolah.

Advertisement

“Sekiranya guru hendak kembali ke sekolah pada masa ini, mereka terdedah kepada risiko jangkitan Covid-19 dan ini mesti diberi perhatian serius.

“Keselamatan guru adalah kunci untuk sama ada pelajar dapat terus bersekolah atau tidak,” kata Nie Ching dalam satu kenyataan.

Semalam, ahli parlimen pembangkang menggesa kerajaan supaya menyegerakan suntikan vaksin kepada guru yang sepatutnya juga dianggap sebahagian daripada petugas barisan hadapan negara.

Advertisement

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan itu mereka berkata vaksin perlu diberikan lebih awal kepada golongan guru kerana mereka merupakan kumpulan berisiko untuk dijangkiti Covid-19.

Sementara itu, kata Nie Ching, para guru yang juga barisan hadapan bertanggungjawab mendidik para pelajar perlu diberi keutamaan dalam program vaksinasi bagi menjamin kelangsungan pendidikan dan masa depan negara.

Kami mendesak Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan untuk bekerjasama dalam memberi vaksin kepada guru kami secepatnya,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top