BM | EN | 中文

Vaksin yang perlu ‘pergi’ kepada rakyat – Adun Paloh

Vaksin-yang-perlu-pergi-kepada-rakyat-Adun-Paloh.jpg
Advertisement

KLUANG, 14 JUN: Sambutan orang ramai terhadap program vaksinasi bukti bahawa kerajaan dan agensi perlu ‘pergi’ kepada rakyat, dengan keutamaan kepada golongan sasar iaitu warga emas, kelompok komorbid (berpenyakit) dan lokaliti luar bandar.

Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, dalam satu progra Sabtu lalu, sebanyak 500 suntikan dos pertama berjaya diberikan kepada warga emas dalam satu program outreach di kawasan DUN Paloh.

Suasana program vaksinasi di Dewan Orang Ramai Paloh , Sabtu lalu

“Program seharian yang bermula pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang ini membuktikan bahawa proses vaksinasi perlu mengambil konsep ‘pergi’ kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Ujarnya, pekan Paloh merupakan kawasan luar bandar di daerah Kluang denga setakat ini, hanya terdapat dua pusat pemberian vaksin (PPV) di daerah Kluang iaitu Dewan Jubli Intan dan terbaru di Simpang Renggam.

“Bagi rakyat kawasan luar bandar seperti Paloh, jarak perjalanan menuju ke PPV Dewan Jubli Intan adalah agak jauh kira-kira 60km pergi balik. Simpang Renggam pula lebih kurang 120km jarak pergi-balik.

“Keadaan ini amat menyukarkan warga emas khususnya untuk menghadiri temujanji di PPV-PPV tersebut meskipun ia masih dikira berada dalam daerah yang sama.

Advertisement

“Bahkan, sebahagian warga emas disini terpaksa melepaskan tarikh temujanji tersebut kerana kekangan yang dihadapi,” kata Naib Pengerusi DAP Johor itu.

Tambah beliau lagi, kebanyakan anak-anak warga emas di Paloh tinggal di daerah atau negeri berlainan kerana berkerja.

Juster itu, dalam perlaksanaan PKP, sukar mereka pulang untuk membantu ibu bapa bagi urusan vaksinasi.

Advertisement

“Sebab itu saya berpandangan pendekatan membawa vaksin ‘pergi’ menemui rakyat ini amat membantu dan memudahkan urusan warga emas.
“Bayangkan dalam tempoh lebih kurang enam jam sahaja, 500 dos suntikan vaksin dapat diberikan dalam masa satu hari.

“Ini amat membantu khususnya dalam mempercepatkan proses ‘herd immunity’ di sesebuah lokaliti,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top