BM | EN | 中文

Vaksin Selangor untuk remaja bermula November – Exco

Vaksin-Selangor-untuk-remaja-bermula-November.jpg

Petugas kesihatan memberi suntikan pelalian Covid-19 kepada remaja ketika Progam Vaksinasi Remaja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre, Kajang, baru-baru ini

Advertisement

SHAH ALAM, 18 OKT: Program Vaksin Selangor (Selvax) Remaja untuk individu berusia 12 hingga 17 tahun di negeri ini dijangka bermula bulan hadapan, kata Exco Kesihatan Awam, Dr Siti Mariah Mahmud.

Katanya, program itu bertujuan meningkatkan kadar vaksinasi golongan berkenaan.

“Kita mendapat sambutan baik daripada sekolah persendirian seperti maahad tahfiz. Ini akan mempercepatkan pelajar menerima pelalian.

Advertisement

“Selvax Remaja ini juga terbuka kepada pelajar yang tidak bersekolah. Mereka boleh datang untuk sertai dan mengambil suntikan,” katanya, lapor SelangorKini.

Dr Mariah berkata ibu bapa yang mahu anak mereka menerima vaksin Sinovac juga boleh menghantar anak mereka ke program percuma kerajaan Selangor itu.

“Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja sediakan Pfizer untuk golongan ini. Jadi ibu bapa yang tidak mahu (Pfizer) disuntik kepada anak mereka boleh sertai program kita. Apa pun ia bergantung kepada keputusan mereka,” katanya.

Advertisement

Pada 7 Oktober Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Selvax diperluas kepada penerima remaja melibatkan 150,000 dos pelalian selepas dipersetujui Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada Jun, kerajaan Selangor melancarkan Selvax Komuniti dan Selvax Industri bagi melengkapkan dan mempercepat proses suntikan pelalian rakyat negeri ini.

Inisiatif melibatkan kos mencecah RM200 juta itu diiktiraf kerajaan persekutuan dan terangkum dalam kerangka PICK yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas dan pekerja industri.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top