BM | EN | 中文

Vaksin: Pengamal media sebagai keutamaan tanda pengiktirafan – Kelab Media Johor

Kelab-Media-Johor-KMJ.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 MEI: Langkah kerajaan meletakkan pengamal media dalam senarai keutamaan menerima vaksin membuktikan pengiktirafan terhadap kumpulan itu atas fungsinya bersama-sama negara memerangi pandemik COVID-19.

Menyambut baik langkah itu, Presiden Kelab Media Johor, Mohamad Fauzi Ishak, berkata pengumuman berkenaan amat bertepatan dengan fungsi petugas media selaku antara kumpulan barisan hadapan.

Fauzi dilaporkan Bernama sebagai berkata, media turut berhadapan dengan risiko jangkitan COVID-19 ketika melaksanakan tugasan melaporkan berita di lapangan.

Advertisement

“Sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula, Kelab Media Johor telah mengambil inisiatif awal dengan mengumpulkan butiran serta nama petugas media dan seterusnya menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan.

“Justeru susulan pengumuman ini, Kelab Media Johor sekali lagi bersedia memberikan kerjasama kepada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) agar proses suntikan vaksin kepada petugas media Johor dapat disegerakan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Seramai 130 pengamal media daripada 18 organisasi berdaftar dengan Kelab Media Johor ketika ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top