BM | EN | 中文

Vaksin Covid-19: Utamakan petugas barisan hadapan

rozita.jpg

Rozita

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 MAC: Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor mendesak agar kerajaan melayan petugas barisan hadapan untuk dijadikan sebagai keutamaan  dalam memberikan vaksin.

Timbalan ketua AWAWN Johor, Rozita Abdul, terdapat luahan dari petugas barisan hadapan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipinggir namanya kerana mengutamakan mereka yang berjawatan Adun, Exco dan jawatan tinggi lain.

“Kita pastinya kecewa dengan luahan tersebut apabila kenyataannya menjelaskan bahawa golongan barisan hadapan atau petugas KKM yang masih lagi belum dimaklumkan akan status penerimaan vaksin mereka.

Advertisement

“Akhirnya apa yang menjadi keutamaan kerajaan hari ini adalah golongan peringkat atasan seperti menteri kabinet, adun, Exco dan golongan atasan.

“Apa yang penting adalah nyawa dan risiko barisan hadapan yang setiap hari berhadapan dengan pelbagai cabaran. Sudah pasti mereka adalah keutamaan dalam mengambil vaksin ini,” jelasnya.

Beliau turut menempelak kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengamalkan sikap pilih bulu dan ‘double standard’.

Advertisement

“Setiap hari kita dengar ada sahaja kes yang mempamerkan sikap ‘double standard’ oleh kerajaan PN. Inilah sikap mereka dalam menangani permasalahan rakyat.

“Saya harap rakyat dapat menilai tindakan ini dan terus menerus menegur atas ketidak prihatinan kerajaan.

“Pihak kami akan terus memantau setiap masa segala kepincangan yang berlaku dalam isu pemberian vaksin ini serta kebajikan terhadap barisan hadapan di negara ini,” jelasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top