BM | EN | 中文

Vaksin Covid-19: Masih ramai warga emas yang khuatir – Adun Jementah

tan-chen-choon.jpg

Tan Chen Choon

Advertisement

SEGAMAT, 26 APR: Ramai warga emas yang khuatir dan mengambil pendekatan lebih berhati-hati untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata, walaupun ramai menyarankan golongan itu diberi keutamaan bagi fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, namun keberkesanan vaksin itu masih diragui.

“Semasa lawatan ke pasar lambak di kawasan saya (Jementah), saya telah mendapati kebanyakan warga emas masih bimbang akan dan ragu-ragu dari aspek keselamatan, ketahanan, kestabilan, dan keberkesanan vaksin Covid-19.

Advertisement

“Disebabkan munculnya kebimbangan ini, sampailah sekarang mereka masih menunggu atau enggan membuat pendaftaran penanaman vaksin Covid-19,” kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Tan memetik statistik Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor, setakat 25 April bahawa peratusan pendaftaran vaksin melalui aplikasi MySejahtera bagi Negeri Johor hanya 40.7 peratus.

Manakala pendaftaran di daerah Segamat hanya 37.5 peratus.

Advertisement

“Statistik ini masih jauh bagi mencapai sasaran komuniti kelompok vaksinasi iaitu 75 hingga 80 peratus,” katanya.

Tambah beliau, kebanyakan warga emas merupakan golongan berisiko tinggi yang mengalami penyakit kronik seperti diabetes, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi dan seterusnya menyebabkan sistem imuniti lebih rendah berbanding warga emas lain yang sihat.

“Justeru, risiko golongan ini dijangkiti oleh virus Covid-19 juga tinggi,” katanya.

Advertisement

Namun kata Tan, seperti produk farmaseutikal lain, vaksin Covid-19 akan sentiasa dipantau dalam aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya.

“Justeru, warga emas tidak perlu risau sangat terhadap vaksin Covid-19 untuk Malaysia sehingga terlepas peluang penanaman vaksin ini.

“Saya sekali lagi menyeru semua warga Jementah membuat pendaftaran penanaman vaksin Covid-19 secepat mungkin,” katanya lagi,

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top