BM | EN | 中文

Vaksin Covid-19: Kerajaan dicadang terbit senarai penerima, keutamaan ikut sektor

Chew-Chong-Sin-Adun-Mengkibol.jpg
Advertisement

KLUANG, 28 FEB: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin mencadangkan kerajaan menerbitkan senarai penerima vaksin mengikut sektor, agensi dan jabatan secara terperinci untuk mengelakkan timbulnya keraguan dalam kalangan masyarakat.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, ini memandangkan wujudnya kerumitan dalam penyimpanan vaksin, senarai bekalan vaksin yang disimpan dan masih belum digunakan perlu dibuat dengan telus sebagai persediaan untuk hari mendatang.

“Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pembaziran dan bagi memastikan sebanyak mungkin orang diberikan vaksinasi dengan kadar yang segera,” kata Chong Sin.

Advertisement

Antara langkah yang boleh diambil katanya ialah dengan menyediakan garis panduan rasmi dan terperinci untuk kelompok mengikut sektor penting berdasarkan strategi pemulihan ekonomi negara.

“Apabila menyentuh berkaitan dengan program vaksinasi, lima sektor ekonomi penting yang telah diwartakan oleh MITI, iaitu sektor pembuatan, sektor pembinaan, sektor perkhidmatan, sektor perdagangan dan pengedaran dan sektor perladangan dan komoditi, mestilah ditakrifkan semula.
“Kita hendaklah menggunakan sepenuhnya analisis data besar untuk memperoleh maklumat yang lebih tepat dalam menentukan aktiviti sektor ekonomi yang mana mempunyai kesan yang paling besar dan penting untuk pemulihan ekonomi Malaysia.

“Sektor penerbangan, kakitangan imigresen dan sempadan boleh menjadi salah satu sektor yang paling penting untuk membuka semula sempadan negara bagi memberikan kebenaran kepada perjalanan perniagaan antarabangsa.

Advertisement

“Hal ini sekaligus dapat menarik pelaburan asing ke Malaysia,” ujarnya.

Tambah beliau, sektor pelancongan, sektor makanan dan minuman yang berada pada tahap kelangsungan yang kritikal boleh juga disenaraikan sebagai sektor terpenting di antara perkhidmatan yang lain bertujuan menjimatkan kos ratusan ribu bagi penyediaan peluang pekerjaan.

Selain itu katanya, mereka yang perlu diberi tumpuan termasuk penghidap penyakit kronik dan golongan warga emas.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top