BM | EN | 中文

UTUSAN TERUS BERNAFAS

Utusan_Melayubangunan1_1566347473.jpg

KUALA LUMPUR 19 OGOS 2019. Bangunan Utusan Melayu Berhad di Jalan Chan Sow Lin. NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN,

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 OGOS: Syarikat Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan Melayu) tidak akan menamatkan operasi ataupun menghentikan cetakan akhbarnya, Utusan Malaysia dan Kosmo!.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu, Abd Aziz Sheikh Fadzir, berkata syarikat itu akan meneruskan operasi, namun akan menaikkan harga jualan Utusan Malaysia dan Kosmo! – yang kini bersaiz tabloid – kepada RM2 dan RM1.50.

Abd Aziz turut merayu kepada semua pihak untuk membantu agar operasi kedua-dua akhbar ini dapat diteruskan.

Advertisement

“Saya minta rakyat yang bersimpati kepada Utusan (Melayu), bantulah kami, beli surat khabar, (beli) iklan dengan kami,” katanya pada sidang media di pejabat syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.

Abd Aziz juga menambah Utusan Melayu memerlukan masa lebih lama untuk mengimbangi kos operasinya.

“Daripada peningkatan ini dan berdasarkan anggaran akhbar Utusan Malaysia danKosmo! masing-masing terjual sebanyak 50,000 dan 100,000 naskah sebulan, kita jangka ia akan menyumbang kira-kira RM2.3 juta sebulan kepada Utusan.

Advertisement

“Berdasarkan laporan terakhir kepada Bursa, kita mengalami kerugian RM3 juta setiap bulan, namun hasil jualan akhbar ini dijangka mengurangkan defisit kita kepada RM750,000 sebulan.

“Kita harap sentimen untuk membantu Utusan dan semangat untuk memastikan Utusan terus beroperasi selepas 80 tahun dalam kalangan masyarakat ketika ini, akan diterjemah dengan pembelian kedua-dua akhbar ini walaupun harganya naik,” katanya yang dipetik dalam laporan Malaysiakini.

Dalam laporan yang sama, Abd Aziz melahirkan keyakinan kewangan Utusan Melayu akan kembali stabil antara 2020 hingga 2021 jika mereka berjaya melupuskan beberapa aset disambil meningkatkan pendapatan pengiklanan dan pertambahan pembaca kedua-dua akhbar Bahasa Melayu itu.

Advertisement

Sementara itu, Abd Aziz turut berkata syarikat Utusan Melayu bersetuju untuk membayar RM2,000 kepada 800 kakitangan Utusan hari ini sebagai penyelesaian jangka pendek bagi isu tunggakan gaji yang bermula Jun.

 

Sumber: Malaysiakini

Advertisement

Kredit foto: BH Online

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top