BM | EN | 中文

UTM wujudkan pusat pengasingan dan kuarantin sempena kemasukan pelajar

Universiti-Teknologi-Malaysia-UTM.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 OKT: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersedia sepenuhnya untuk menerima kemasukan seramai 6,000 penuntut dari seluruh negara secara berperingkat bermula Jumaat ini.

Timbalan Naib Canselornya (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin berkata, persediaan itu termasuk dengan menyediakan Pusat Isolasi dan Kuarantin di kampus tersebut.

Kata beliau, pusat itu diwujudkan bagi menempatkan penuntut yang dikesan positif Covid-19 atau menunjukkan tanda-tanda bergejala bagi mengelakkan penularan berlaku dalam kawasan kampus.

Advertisement

“Setiap penuntut akan menjalani ujian saringan Covid-19 RTK secara pandu lalu sebelum dibenarkan memasuki asrama mereka.

“Sekiranya keputusan ujian saringan negatif akan dibenarkan masuk manakala sekiranya positif, mereka akan dibawa ke Pusat Isolasi dan Kuarantin,” katanya, lapor Utusan Online.

Tambahnya, kebenaran masuk ke kawasan kampus tersebut turut memerlukan setiap pihak termasuk penuntut telah melengkapkan proses suntikan vaksinasi Covid-19 mereka terlebih dahulu.

Advertisement

“Walaupun penuntut telah kembali pulang ke kampus, namun kaedah pembelajaran secara atas talian masih dilaksanakan, manakala bagi sesetengah kursus yang memerlukan akses kepada makmal atau studio dibenarkan secara hibrid dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).

“Buat masa ini kita juga menetapkan hanya seorang penuntut untuk setiap satu bilik, tujuannya adalah untuk memastikan jika ada apa-apa perkara berlaku, kita boleh kawal,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top