BM | EN | 中文

UTM, UTHM utamakan pelajar berkeperluan kembali ke kampus secara fizikal

utm-uthm.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 SEPT: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan mula membenarkan pelajar kembali ke kampus secara fizikal pada 15 Okt depan dengan memberi keutamaan kepada mereka yang dikategorikan sebagai berkeperluan.

Naib Canselor UTM Profesor Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata antaranya ialah pelajar yang perlu menjalani Latihan Industri di kampus, mempunyai keperluan masuk ke kampus dengan ketetapan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), pelajar berstatus khas, pelajar terjejas yang memerlukan ruang pembelajaran kondusif serta pelajar baharu kemasukan semester 1 sesi 2021/22.

Beliau bagaimanapun berkata pelajar yang ingin kembali ke kampus perlu membuat permohonan terlebih dahulu sebelum pertimbangan dilakukan oleh pihak universiti.

Advertisement

“Buat masa ini, universiti menetapkan maksimum 6,000 pelajar sahaja yang akan dibenarkan masuk dan persiapan logistik sedang dirancang bagi membolehkan pergerakan pelajar masuk ke kampus terkawal.

“Bagi pengangkutan pelajar pula adalah sama ada menggunakan kenderaan sendiri, dihantar oleh ibu bapa yang telah Iengkap vaksinasi atau menaiki kapal terbang,” katanya, lapor Bernama.

Ahmad Fauzi juga berkata sehingga hari ini, 70.8 peratus daripada 22,635 pelajar telah selesai vaksinasi dan bagi yang belum mendapat janji temu, UTM menyediakan kemudahan vaksinasi secara jumpa terus di Pusat Pemberian Vaksin kategori IPT Integrasi di kampus.

Advertisement

Beliau berkata selain itu, UTM sedang membangunkan Pusat Isolasi yang mampu memuatkan kapasiti 1,000 orang, pusat kuarantin, penginapan pelajar di kampus secara satu bilik saw pelajar serta sekatan kemasukan dan prosedur operasi standard dalam usaha menjaga keselamatan, kebajikan serta kesihatan semua pelajar dan kakitangan.

Sementara itu, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bersedia menerima kemasukan pelajar secara fizikal ke kampus bermula 15 Oktober ini.

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Wahid Razzaly berkata, kemasukan pelajar ke kampus akan dilaksanakan secara berperingkat seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 14 September lalu.

Advertisement

“Universiti ini akan mengutamakan kumpulan pelajar yang berkeperluan untuk pulang ke kampus namun hanya membabitkan mereka yang sudah lengkap vaksinasi.

“Keutamaan akan diberikan kepada pelajar baharu yang memerlukan pengalaman menjalani kehidupan di kampus dan juga pelajar tahun akhir yang perlu menghabiskan pengajian mereka mengikut masa yang ditetapkan,” katanya lagi.

Tambah beliau, pihak universiti akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Sektor Pendidikan Tinggi: Pengoperasian IPT yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin dan tiada penularan di kampus.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top