BM | EN | 中文

UTM, Universiti Metropolitan Manchester jalin kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi

UTM-Universiti-Teknologi-Malaysia.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 FEB: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Metropolitan Manchester (MMU) United Kingdom bagi pembangunan bersama berkaitan kolaborasi antarabangsa dalam bidang penyelidikan terutama yang membabitkan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

Pro-Naib Canselor (Antarabangsa) Profesor Dr Mohd Ismid Md Said berkata menerusi MoU ini, jumlah maksimum lima kakitangan dan pelajar UTM akan mendapat keistimewaan untuk menyertai program pertukaran ke MMU.

Beliau berkata pelajar UTM juga berpeluang mengikuti program akademik yang ditawarkan MMU (dan sebaliknya) selama setahun atau satu semester tertakluk kepada penyelarasan program antara kedua-dua universiti dan kelulusan badan akreditasi profesional.

Advertisement

Mohd Ismid berkata kolaborasi antara UTM dan MMU adalah tepat pada masanya kerana kedua-dua universiti mengakui kepentingan penglibatan menerusi aktiviti pengajaran, pembelajaran dan latihan.

“Saya yakin kolaborasi ini adalah strategi bagi memenuhi keperluan STI untuk digabungkan dengan pelaksanaan transformasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT),” katanya semasa majlis menandatangani MoU itu menerusi platform maya di sini semalam.

Terdahulu, Mohd Ismid menandatangani MoU itu bagi pihak UTM manakala MMU diwakili Pro-Naib Canselor Antarabangsanya, Profesor Jenny Watling.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top