BM | EN | 中文

UTM terima RM1 juta dari Johor Port untuk bantu pelajar kurang berkemampuan

RM1-juta-Johor-Port-Berhad-UTM.jpg

Gambar Ehsan UTM News

Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 DIS: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini menerima sumbangan RM1 juta dari Johor Port Bhd untuk Tabung Endowmen universiti berkenaan bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan.

Sumbangan diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Md Derick Basir kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM Prof Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail, yang menjalankan fungsi Naib Canselor, dalam sesi lawatan muhibahnya ke universiti itu.

Menurut Ahmad Fauzi, komitmen berterusan dari Johor Port sejak tahun 2013 dengan sumbangan secara tetap RM1 juta setahun menerusi satu memorandum perjanjian dimeterai pada 2013 itu sememangnya membantu UTM dalam menyumbang kepada pelajar yang amat memerlukan bantuan kewangan.

Advertisement

“Sumbangan Johor Port ini sangat diperlukan.. para pelajar akan ditawarkan biasiswa, program makanan percuma serta sumbangan tetap RM1,000 sebulan bagi penyediaan makanan kering di ‘Almari Kasih Sayang,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas penyerahan sumbangan itu di sini, semalam.

Sementara itu, Md Derick berkata Johor Port percaya sumbangan yang diberikan kepada Tabung Endowmen itu akan terus memberi manfaat kepada anak-anak muda bakal peneraju negara.

Advertisement

“Kami di Johor Port berharap agar bantuan serta usahasama yang dilaksanakan bukan sahaja beri manfaat kepada mereka yang memerlukan malah mampu menjadi pemangkin kepada badan-badan korporat lain di luar sana untuk turut sama memperkasa pembangunan pendidikan negara kita,” tambah beliau.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top