BM | EN | 中文

UTM terima penuntut kembali ke kampus 1 Mac

Universiti-Teknologi-Malaysia-UTM.jpg

Gambar Ehsan UTM

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 FEB: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersedia menerima kira-kira 618 penuntutnya yang dikenal pasti untuk kembali semula ke kampus bagi fasa pertama mulai Isnin depan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM Prof Dr Shamsul Sahibuddin berkata, kesemua mereka dikenal pasti sebagai berkeperluan khas bagi menyelesaikan gred akademik yang tertangguh sebelum ini.

Bernama melaporkan Shamsul sebaga berkata, penuntut berkenaan akan melalui prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti sebelum ini.

Advertisement

Mereka juga dibenarkan menggunakan makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas di kampus dengan mengikut jadual ketat yang disediakan oleh fakulti masing-masing.

“Penuntut ini dibenarkan masuk ke kampus selepas mendapat kebenaran merentas negeri dan setibanya di kampus, mereka akan diletakkan di Pusat Isolasi khas yang dipantau oleh Pusat Kesihatan Universiti selama 10 hari.

“Mereka juga akan diberi pemerhatian penuh dari segi kesihatan terutamanya yang bergejala akan terus dibawa ke Pusat Kuarantin. Segala kos penginapan isolasi 10 hari tersebut juga adalah ditanggung oleh pihak universiti,” katanya dalam kenyataan semalam.

Advertisement

Pada masa sama, Shamsul berkata, kebajikan penuntut juga adalah diutamakan khususnya kemudahan makanan dan prosedur keluar masuk pelajar yang akan melalui prosedur ketat.

Pada 1 Mac ini, dijangkakan 3,000 penuntut prasiswazah dan pascasiswazah akan mula mendaftar secara dalam talian menggunakan aplikasi UTMSmart.

Selain itu, UTM juga bakal menerima kepulangan 100 penuntut dari Sabah dan Sarawak tidak lama lagi.

Advertisement

“Penuntut ini kategori berkeperluan khas iaitu yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas serta pelajar tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian.

“Mereka juga akan menjalani sesi pembelajaran secara hibrid,” katanya.

Selain penuntut berkenaan, pihak pengurusan universiti juga bersetuju untuk membenarkan penuntut yang akan menjalani Latihan Industri (LI) dan Latihan Mengajar (LM) untuk menginap di blok khas dalam kampus dengan mengikut prosedur lebih ketat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top