BM | EN | 中文

UTM tangguh kemasukan pelajar

universiti-teknologi-malaysia-UTM.jpg

Gambar Ehsan utm.my

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 MEI: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Skudai dan Kuala Lumpur mengambil keputusan menangguhkan kemasukan pelajar ke kampus masing-masing berikutan risiko penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Menerusi pekeliling yang dikeluarkan oleh universiti terbabit, keputusan itu adalah selaras dengan pengumuman kerajaan berikutan situasi semasa pandemik Covid-19 ketika ini..

Pemakluman oleh Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bertarikh 11 Mei lalu menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka yang dijadualkan akan dilaksanakan selepas cuti Aidilfitri adalah dibatalkan sehingga tamat sesi perkuliahan semester II, sesi 2020/2021.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, semua surat kelulusan masuk kampus yang diterima oleh pelajar melalui sistem UTMSMART atau surat kebenaran adalah terbatal.

Permohonan baharu kemasukan ke kampus melalui Sistem UTMSMART juga akan ditutup buat sementara waktu sehingga tarikh yang akan dimaklumkan.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin berkata, pelajar dibenarkan pulang ke rumah bermula 7 hingga 12 Mei dan perlu pulang semula ke kampung bermula 15 hingga 20 Mei ini.

Advertisement

Kebenaran untuk pulang ini adalah tertakluk kepada pelajar yang akan pulang ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan sahaja kecuali Sarawak.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top