BM | EN | 中文

UTM perbaharui MoU dengan Universitas Indonesia tingkat kerjasama penyelidikan, pembelajaran

UTM-perbaharui-MoU-dengan-Universitas-Indonesia.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 DIS: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semalam telah memperbaharui memorandum persefahaman (MoU) dengan Universitas Indonesia (UI) secara dalam talian bagi meningkatkan kerjasama dan hubungan baik yang terjalin sejak 2014.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata secara dasarnya kerjasama antara kedua-dua universiti ini dilanjutkan bagi mengeratkan kerjasama penyelidikan dan pembelajaran dalam bidang sains dan kejuruteraan.

Ahmad Fauzi berkata UTM sebagai salah satu universiti penyelidikan di Malaysia mengambil inisiatif bagi memperkuat fakulti berasaskan disiplin utama menjadi satu entiti iaitu Fakulti Kejuruteraan.

Advertisement

“Kolaborasi antara dua universiti ini dapat berkembang dalam program seperti kurikulum, pertukaran penerbitan ilmiah, program pertukaran staf dan pelajar merangkumi lawatan sambil belajar, menjalankan penyelidikan dan/atau menyelia projek pelajar, program kerjasama seminar, kolokium dan perbincangan akademik dan beberapa program lain,” katanya kepada pemberita pada Majlis Menandatangani MoU di UTM Skudai semalam.

Pada majlis berkenaan, UTM diwakili Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Pro-Naib Canselor (Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Mohd Ismid Md Said, Pengerusi Resource Sustainability Research Alliance, Prof. Ir. Dr. Haslenda Hashim, Pengarah Ibnu Sina Institute for Scientific and Industrial Research, Prof. Dr. Hadi Nur, dan Pengarah UTM Big Data Centre, Prof. Madya Dr. Azlan Mohd Zain.

UI pula diwakili Timbalan Rektor (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Prof. Dr. rer. nat. Abdul Haris dan Setiausaha Universiti, Dr. Agustin Kusumayati.

Advertisement

Ahmad Fauzi dilapoekan Bernama sebagai berkata, UTM dan UI dalam masa sama aktif mengadakan persidangan bersama dalam bidang termofluid “The International Meeting on Advances in Thermofluids (IMAT)” yang pertama kali diadakan di UTM Johor Bahru dan terakhir di Bali pada 2018.

Beliau berkata perbincangan juga telah diadakan antara Ibnu Sina Insitute for Scientific and Industrial Research UTM dengan Fakultas Kesehatan Masyarakat UI bagi membincangkan kerjasama dalam bidang big data analytic.

Katanya, pihaknya berbesar hati sekiranya kerjasama antara UI dan UTM ini dapat diperluaskan dalam pelbagai bidang dan tidak terhad kepada kerjasama sedia ada sahaja.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top