BM | EN | 中文

UTM ketuai sinergi empat universiti awam bangunkan Sungai Kim Kim

sungai-kim-kim.jpg

Sungai Kim Kim

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 OGOS: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan mengetuai sinergi antara empat universiti awam (UA) menerusi inisiatif Universiti untuk Masyarakat (U4S) dalam usaha memulihara dan membangunkan semula Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, di sini.

Pengarah Pusat Jaringan Komuniti dan Industri UTM Prof Madya Dr Johari Surif berkata UA berkenaan adalah Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dengan UTM bertindak sebagai Ketua Zon Selatan.

“Projek U4S Zon Selatan hasil usahasama kepakaran empat universiti ini, memfokuskan kepada agenda kelestarian alam sekitar dan pembangunan masyarakat di sekitar Pasir Gudang seterusnya melestari sungai, yang merupakan nadi kehidupan manusia.

Advertisement

“Selaras dengan inisiatif Matlamat Pembangunan Lestari oleh universal, UTM akan menyumbangkan kepakaran dalam aspek taman eko dan kejuruteraan sungai semula jadi dengan membangunkan Taman Eko di Sungai Kim Kim,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjadi moderator Program Webinar secara dalam talian iaitu U4S: Kelestarian Sungai Kim Kim dan Masyarakat, melalui platform media sosial baru-baru ini.

Johari berkata UTHM pula akan memfokus kepada mendidik masyarakat setempat melalui program pendidikan sungai dengan tema Memulihara Alam Semula Jadi, Sayangi Sungai.

Advertisement

“UTeM akan membantu daripada segi program pemindahan pengetahuan dan teknologi melalui Cabaran Robot Sungai Pintar dengan mencipta robot pembersihan dalam sungai.

“USIM pula berperanan dari segi menstabilkan emosi dan semangat masyarakat yang terlibat melalui pelbagai program latihan seperti Panduan Bantuan Psikologi kepada guru dan pelajar,’ katanya.

Menurut Johari pasukan U4S Zon Selatan akan bekerjasama dengan pelbagai agensi lain dalam menjayakan hasrat berkenaan antaranya Jabatan Pengairan dan Saliran Johor, Jabatan Alam Sekitar, Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang.

Advertisement

Katanya, pasukan itu juga akan mendapatkan kerjasama pihak industri setempat untuk berganding bahu memastikan perubahan ke arah kesejahteraan alam sekitar demi kebaikan dan keharmonian masyarakat.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top