BM | EN | 中文

UTM jalin kerjasama strategik dengan Universiti Gaza dalam penyelidikan, akademik

UTM-Universiti-Teknologi-Malaysia.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 JUN: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus mengorak langkah ke hadapan apabila menjalinkan kerjasama strategik dengan Universiti Gaza (GU) di Palestin dalam bidang akademik dan penyelidikan.

Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata kerjasama bagi tempoh tiga tahun menerusi Sekolah Komputeran Fakulti Kejuruteraannya itu dimeterai melalui memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua belah pihak hari ini.

Menurut beliau jalinan kerjasama strategik itu akan membolehkan pertukaran dan perkongsian ilmu, idea dan wawasan antara ahli akademik kedua-dua universiti.

Advertisement

“Begitu juga kerjasama antara penyelidik dan pelajar (UTM dan GU) dalam usaha untuk mewujudkan kolaboratif akademik, penyelidikan dan kepakaran dalam bidang pengkomputeran khasnya dan kejuruteraan amnya,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata majlis menandatangani MoU itu disaksikan delegasi oleh kedua-dua pihak melalui platform Webex, dengan GU diwakili oleh Presidennya Prof Dr Riyad Hassan El Khoudary.

Ahmad Fauzi dalam masa sama berharap agar kerjasama itu dapat mengukuhkan lagi kedudukan kedua-dua universiti di peringkat nasional mahupun global.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top