BM | EN | 中文

UTM jalin kerjasama bangun pelan induk kampus universiti di Uganda

Universiti-Teknologi-Malaysia-UTM.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 JUL: Institut Sultan Iskandar (ISI), syarikat milik penuh Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menjalin kerjasama dengan Islamic University In Uganda (IUIU) untuk menjalankan penyelidikan kolaboratif bagi membangunkan pelan induk kampus universiti di Mbale, Uganda.

Pengarah Eksekutifnya, Profesor Dr Syed Ahmad Iskandar Syed Ariffin berkata kerjasama itu susulan Memorandum Perjanjian (MoA) yang dimeterai antara kedua-dua pihak semalam.

Beliau berkata kerjasama penyelidikan selama enam bulan itu telah bermula sejak awal bulan ini dan melibatkan kos sebanyak USD120,000 (RM511,620) yang dibiayai Islamic Development Bank yang berpangkalan di Arab Saudi, dalam bentuk geran.

Advertisement

Bagaimanapun, berikutan penularan pandemik COVID-19, perbincangan dan perkembangan mengenai penyelidikan itu dilakukan kedua-dua pihak menerusi persidangan video setiap minggu.

“UTM dan IUIU mempunyai arkitek yang bekerjasama dalam satu kumpulan yang mana mereka berperanan sebagai penyampai dan pemberi maklumat dalam menjelaskan tentang tapak serta aspek sosiobudaya.

“Oleh itu, kita tidak bimbang dengan bekalan maklumat. Malah kebanyakan maklumat seperti Pelan Strategik Pengajian Tinggi Uganda juga boleh didapati secara rasmi melalui Internet.

Advertisement

“Jadi apa sahaja perkembangan, kita akan bentang dan dapatkan maklum balas daripada mereka,” katanya kepada pemberita dalam sidang media sejurus majlis menandatangani MoA itu yang berlangsung secara persidangan video di UTM semalam.

MoA itu ditandatangani Naib Canselor UTM Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar dan Rektor IUIU Dr Ahmad Kawesa Sengendo.

Mengulas lanjut, Syed Ahmad Iskandar berkata ISI yang menjadi syarikat milik penuh UTM sejak 1991, turut dipertanggungjawabkan untuk mengurus penyelidikan membabitkan pelbagai bidang kepakaran seperti perancangan bandar, pengangkutan, harta tanah, kejuruteraan mekanikal dan elektrik.

Advertisement

Beliau menjangkakan lebih banyak jalinan kerjasama akan dicapai pada masa akan datang susulan kolaborasi ini.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top