BM | EN | 中文

UTM, EDESS bangunkan aplikasi ‘ALBAYEN’ untuk sekolah agama

UTM-EDESS-bangunkan-aplikasi-ALBAYEN.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 DIS: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Edess Education Development and Solutions Specialist Sdn Bhd (EDESS), hari ini, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam membangunkan sebuah aplikasi pembelajaran digital bagi memperkasa pembelajaran dan pengajaran (PdP) sekolah agama di negara ini.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata melalui Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST), aplikasi “ALBAYEN’ direka bagi menyokong PdP sekolah agama dalam merealisasikan kemenjadian murid sekali gus memupuk kemahiran pembelajaran abad ke-21.

“Sistem ini sebagai sokongan dan penyelesaian kepada PdP digital di peringkat sekolah rendah dan menengah,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Terdahulu beliau menghadiri majlis menandatangani MoU secara dalam talian bersama Ketua Pegawai Eksekutif EDESS, Amine Abdelhedi, di UTM, semalam.

Beliau berkata objektif MoU itu bertujuan meningkatkan kualiti PdP akademik dengan memberikan penyelesaian terkini termasuk pengurusan pendidikan, pembangunan profesional, trend dan aplikasi penyelidikan serta teknologi penyelidikan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top